suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongsi gambar pedang di TikTok 20 minit sebelum mengamuk! Pelajar 17 tahun maut diserang remaja bersenjata dalam sekolah

Sekolah sepatutnya menjadi zon selamat untuk murid-murid. -Gambar hiasan

POLIS mengesahkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun maut selepas diserang remaja lelaki yang bersenjatakan pedang.

Serangan dalam kawasan sekolah itu berlaku di bandar Fagersta, bahagian tengah Sweden, pada petang Jumaat, 21 Ogos lalu.

Kematian remaja itu disahkan sendiri oleh ibu bapanya menerusi sebuah akhbar tempatan, Fagersta-Posten.

Tiga lagi mangsa yang kesemuanya berusia bawah 18 tahun turut mengalami kecederaan ringan dalam serangan berkenaan.

Dalam pada itu, polis Sweden sedang menyiasat sama ada suspek terlibat dalam komuniti atas talian yang menggalakkan keganasan di sekolah.

Suspek didakwa memuat naik gambar sebilah pedang di akaun TikTok miliknya 20 minit sebelum serangan itu.

Gambar berkenaan dipercayai dirakam di tandas sekolah tersebut, menurut akhbar Dagens Nyheter.

Akaun TikTok itu juga pernah memuat naik video insiden keganasan besar-besaran di Sweden serta pembunuhan beramai-ramai yang mengorbankan 77 orang di Norway pada tahun 2011.

Bagaimanapun, akaun TikTok berkenaan sudah dipadam sejurus serangan berkenaan berlaku. -Agensi

Artikel Lain