suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja dihukum buat 200 ‘squat’ gara-gara gagal capai sasaran, tuntut pampasan selepas otot cedera teruk

Yang merakam video ketika dirinya melakukan squat sebagai bukti kepada penyelianya. -Foto SCMP

GARA-GARA gagal mencapai sasaran, seorang wanita terpaksa melakukan 200 kali squat sebagai hukuman sehingga mengalami masalah kesihatan serius.

Menurut laporan media tempatan, wanita dikenali sebagai Yang itu baru berpindah ke Hangzhou, wilayah Zhejiang, China dan memulakan pekerjaan pertamanya sebagai perunding kewangan di sebuah syarikat bantuan pinjaman.

Yang dan anggota pasukannya diwajibkan membuat 200 panggilan telefon serta mendapatkan seorang pelanggan setiap hari.

Dipendekkan cerita, pada 28 Julai lalu, Yang gagal memenuhi sasaran berkenaan.

Pengurus pasukannya, Zhang kemudian memberikan dua pilihan sebagai hukuman iaitu melakukan 100 squat atau membayar 50 yuan (kira-kira RM30) bagi setiap tugasan gagal diselesaikan.

Disebabkan tidak mempunyai wang, Yang memilih untuk melakukan 200 squat demi mengekalkan pekerjaannya.

Malah, dia merakam video ketika melakukan squat secara berperingkat di beberapa lokasi dalam bangunan pejabat sebagai bukti kepada penyelianya.

Namun, selepas menyelesaikan squat terakhir, Yang dilihat tidak mampu berdiri dengan sempurna dan berjalan terhuyung-hayang.

Dia turut mengadu mengalami kesakitan teruk pada bahagian kaki.

Malangnya, Yang tidak terus mendapatkan rawatan kerana masalah kewangan.

Lima hari kemudian, keadaan memaksanya ke hospital selepas air kencingnya bertukar menjadi gelap.

Hasil pemeriksaan mendapati Yang mengalami rhabdomyolysis, iaitu keadaan serius apabila tisu otot yang rosak pecah dengan cepat dan melepaskan kandungannya ke dalam aliran darah.

Yang mendakwa terpaksa membelanjakan kira-kira 1,400 yuan (RM820) untuk rawatan.

Pada masa sama, keadaan kesihatannya menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja lalu mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada 30 Julai.

Yang kemudian menghubungi Zhang dan menuntut bayaran balik kos rawatan serta pengangkutan, selain 15,000 yuan (RM8,800) sebagai pampasan kecederaan.

Bagaimanapun, tuntutan itu ditolak Zhang dan menyarankan Yang mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuas hati.

Susulan itu, Yang membuat aduan kepada unit penguatkuasaan buruh, yang mana pihak berkenaan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut. -Agensi 

 

Artikel Lain