KETIKA kebanyakan rakyat Nepal sedang bersedih susulan bencana banjir besar yang mengorbankan banyak nyawa, tular sebuah video memaparkan dua individu didakwa menanggalkan anting-anting emas daripada mayat yang terdampar.Rakaman yang dikongsikan akaun Instagram Nepal In Last 24 Hours [Tonton Video] itu memperlihatkan beberapa individu mengerumuni sekujur tubuh yang tersangkut di celah timbunan kayu dan lumpur. Dalam video berkenaan, dua individu dilihat menggunakan buluh untuk mengangkat mayat tersebut dan mengambil sesuatu pada bahagian kepala mangsa.Menerusi hantaran bersama video tersebut, individu terlibat didakwa sedang menanggalkan anting-anting emas daripada telinga mayat yang dibawa arus banjir.ARTIKEL BERKAITAN: Nasib 54 rakyat Malaysia di Nepal belum diketahui, usaha mencari sedang giat dijalankan"Video menunjukkan dua individu didakwa menanggalkan anting-anting emas daripada telinga mayat yang dibawa banjir menjadi tular."Perbuatan seperti ini ketika bencana amat mengganggu dan tidak menghormati mangsa serta keluarganya," menurut kapsyen hantaran Instagram tersebut.Bagaimanapun, identiti individu dan mangsa serta lokasi tepat rakaman itu dibuat masih belum dapat dipastikan.Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan mengundang kecaman warga maya yang rata-ratanya menyifatkan tindakan itu tidak berperikemanusiaan sekiranya dakwaan tersebut benar."Orang lain kehilangan nyawa tetapi kamu mencuri anting-anting emasnya? Sudah hilang rasa malu dan kemanusiaan?"Polis perlu mengambil tindakan atas perbuatan ini, tidak berperikemanusiaan dan empati," demikian reaksi netizen.Tidak kurang juga yang mempersoalkan bagaimana seseorang sanggup bertindak sedemikian terhadap mayat demi mendapatkan barang kemas."Dari mana datangnya keberanian dan hati sekeras itu? Walaupun dia sudah meninggal dunia, langsung tidak timbul rasa kasihan ketika menarik rambutnya untuk mengeluarkan emas?"Mungkin mangsa bukan saudara mereka tetapi dia tetap manusia dan rakyat dari negara yang sama," tambah beberapa netizen lagi.