suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir Di TUDM Subang Ditutup

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menutup operasi Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Pangkalan Udara TUDM Subang mulai Rabu.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas ATM dalam satu kenyataan berkata bagaimanapun, penyaluran bantuan masih boleh dibuat ke Depoh Simpanan Pertahanan di Sungai Buloh, Selangor mulai hari ini dari 9 pagi hingga 3 petang.

"Keperluan utama ialah bahan makanan, kelengkapan dapur dan cucian," kata kenyataan itu di sini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Pusat Operasi Pertahanan di talian 03-26985414 atau 03-26945434.

Pertanyaan juga boleh diajukan kepada Lt Kol Bakhtiar Nor Md Alias di talian 013-3566470 atau Lt Kol Zahrullail Hidayat (03-201716425 atau 012-3039247).

Pusat pengumpulan bantuan itu dibuka bulan lepas susulan banjir yang melanda beberapa negeri dengan Pantai Timur menjadi kawasan paling teruk terjejas.

Banjir, Bantuan, TUDM

Artikel Berikut

Artikel Lain