suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Abdul Rahman Ya'kub Meninggal Dunia

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia pada usia 87 tahun di sini, Jumaat.

Menantu lelakinya, Datuk Justine Jinggut, berkata ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu-cucu berada di samping beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, kira-kira pukul 9.35 malam.

Rahman, yang merupakan seorang peguam terlatih menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ketiga dari 1970 sehingga 1981.

Sebelum itu, Allahyarham merupakan Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960-an dan selama setahun sebagai Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Persekutuan sebelum kembali ke kerajaan negeri pada 1970.

Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac 1981,  dan digantikan oleh anak saudara lelakinya, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini dilantik Yang di-Pertua Negeri pada 2 April tahun lalu.

Allahyarham berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri selama empat tahun sehingga 2 April 1985 apabila mengundurkan diri atas faktor kesihatan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain