suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayur RM3 Sekilogram Kini RM10 Di Lembah Klang

KLANG: Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini kini mencecah RM10 satu kg di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.

Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor, Yusof Bakar.

Katanya, kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.

Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini, Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain