suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Jais Dilantik Datuk Bandar Shah Alam Yang Baharu

Ahmad Zaharin Mohd Saad.
SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu berkuatkuasa Jumaat lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi berkata, pelantikan Ahmad Zaharin adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang kosong sejak dua bulan lepas.

Jawatan itu kosong berikutan tamat kontrak perkhidmatan Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan pada 1 November 2014. 

Mohammed Kushrin berkata sementara itu Pegawai Daerah Hulu Langat Datuk Haris Kasim dilantik sebagai Pengarah Jais yang baharu, juga berkuatkuasa Jumaat lepas.

"Surat pelantikan kedua-dua mereka (Ahmad Zaharin dan Haris) telah diserahkan hari ini (Isnin) dalam satu majlis ringkas," katanya.

Artikel Lain