suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia QZ8501: Indonesia Wajibkan Juruterbang Hadiri Taklimat Bersama FOO

Antara barang peribadi milik mangsa yang dijumpai semasa operasi SAR.
JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia mewajibkan semua juruterbang untuk menghadiri taklimat dengan pegawai operasi penerbangan (FOO) sebelum berlepas.

Kementerian itu turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas semua pihak yang terlibat dalam membenarkan pesawat AirAsia Indonesia menggunakan laluan tanpa permit," kata Pemangku Ketua Pengarah Pengangkutan Udara di kementerian tersebut, Djoko Murjatmodjo.

"Taklimat FOO bukan sahaja mengenai cuaca. FOO juga perlu mengesan sama ada kesihatan juruterbang berada pada tahap memuaskan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Pakar penerbangan, Ruth Hanna Simatupang memberitahu Jakarta Post bahawa prosedur taklimat dengan FOO bukan perkara baharu tetapi ia tidak dipatuhi di Indonesia.

"Bukan perkara baharu mengenai polisi itu, ia adalah satu standard yang digunakan secara tetap di dunia. Ia hanyalah salah satu masalah dalam sistem penerbangan kita. Terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan dalam sistem penerbangan di negara ini," katanya seperti yang dipetik dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata semasa taklimat itu yang mengambil masa tidak lebih 20 minit, FOO akan memberikan dokumen yang diperlukan seperti laporan cuaca untuk diteliti oleh juruterbang.

Artikel Lain