suria

Banjir Kilat Melanda Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Banjir kilat melanda sebuah kampung di Ringlet, Cameron Highlands buat kali kedua dalam bulan ini, bagaimanapun hanya kerosakan kecil dilaporkan berlaku. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Mohd Zahari Wan Busu berkata hujan yang turun tanpa henti pada pukul 2 petang Khamis menyebabkan banjir lumpur melanda kawasan jalan raya di kampung baharu yang sebelum ini dilanda banjir lumpur awal bulan ini. 

"Hujan yang turun tidak terlalu lebat dan banjir kilat yang berlaku kembali surut dalam tempoh 30 minit," katanya ketika dihubungi. 

"Tiada penduduk yang dipindahkan," tambahnya. 

Akibat hujan lebat awal bulan ini, banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di kawasan tanah tinggi itu telah meragut lima nyawa. 

Ketika insiden itu berlaku, kawasan Ringlet ditenggelami banjir lumpur sementara tanah runtuh turut berlaku di beberapa kawasan termasuk Bertam Valley dan Kuala Terla. 
Ringlet, banjir kilat, lumpur

Artikel Lain