suria

Pakatan Ugut Adakan Himpunan Jalanan Jika Harga Minyak Tidak Turun

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menegaskan mereka akan mengadakan turun berhimpun di jalanan sekiranya harga petrol RON95 tidak diturunkan hingga RM1.90 pada 1 Disember, mereka mendakwa sistem harga minyak petrol dan diesel yang dikenakan kepada rakyat pada masa sekarang tidak adil. 

"Rakyat terdedah kepada risiko naik turun harga minyak dunia, namun kerajaan memberi jaminan kos dan keuntungan syarikat menjual pertol dan diesel ditanggung oleh rakyat," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Anthony Loke (DAP-Seremban), Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Rafizi, mereka berkata mengikut formula harga yang digunapakai pada masa sekrang, kerajaan memberi jaminan akan menanggung kos operasi dan keuntungan sebanyak 30 sen bagi setiap liter petrol RON95 syarikat menjual minyak. 

"Demi keadilan semua pihak, Pakatan Rakyat mahu subsidi 30 sen bagi setiap liter RON95 dan diesel itu turut diberikan kepada rakyat. 

"Jika Barisan Nasional boleh memberi jaminan keuntungan syarikat minyak, adalah tidak masuk akal jika kaedah yang sama tidak boleh dilaksanakan kepada rakyat," katanya. 


Tidak berniat untuk mempertikai jaminan keuntungan yang diperuntukkan kepada syarikat minyak bagi memastikan bekalan mencukupi, sebaliknya mereka menegaskan mahu mencari 'keseimbangan' subsidi yang serupa untuk rakyat. 

Sementara itu di Lobi Parlimen Loke menegaskan, jika subsidi diberikan itu diberikan, kerajaan perlu membayar RM7.2 bilion setiap tahun.

"Dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa sebanyak RM19.3 bilion telah diketepikan untuk membayar subsidi, RM14 bilion pula untuk subsidi petrol, diesel dan gas asli cecair (LPG). 

Beliau berkata kerajaan seharusnya telus dalam perkara tersebut dan menerangakan di manakah peruntukkan tersebut digunakan, jika ia tidak digunakan untuk subsidi petrol dan diesel. 

"Jadi, kami mencadangkan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Bukannya ibarat perkara yang sukar untuk dilaksanakan," katanya. 

Artikel Lain