suria

MP Sibu Gesa Semua Ubat Berjadual Dikecuali GST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mengecualikan semua ubat berjadual daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dikuatkuasakan April tahun depan.

Ahli Parlimen DAP-Sibu, Oscar Ling berkata, ia bagi menangani perbezaan harga antara kerajaan dan farmasi swasta.

Ling yang bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen pada Khamis berkata, semua ubat berjadual sepatutnya dikenakan cukai kadar sifar berbanding yang terpilih sahaja.

"Kebanyakan ubat batuk selesema yang digunakan ada di farmasi komuniti dan klinik swasta di bawah GST enam peratus," katanya.

Beliau menambah, pada masa ini ubat yang kadar sifar adalah terhad kepada ubat-ubatan banyak digunakan di hospital-hospital, tetapi bukannya yang digunakan oleh sektor swasta yang mana dikenakan GST.

Menurut Ling, walaupun barangan kadar sifar disenaraikan di dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan Edisi Keempat, ia hanya meliputi kurang dari 13 peratus daripada kesemua ubat.

"Kira-kira 87 peratus ubat penting dikenakan GST enam peratus," katanya, sambil menambah bahawa ia bertentangan dengan Dasar Ubat Nasional (Dunas) mengenai ubat berkualiti dan berpatutan.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua ubat berjadual tidak dikenakan sebarang cukai sejak 1957.

"Sama ada cukai jualan mahupun cukai perkhidmatan bagi mana-mana ubat berjadual didaftar di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"GST pastinya akan meningkatkan kos ubat-ubatan," katanya.

GST, ubat berjadual

Artikel Sebelum

Artikel Lain