suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pendidikan Siasat Dakwaan Murid Kristian 'Dipaksa' Pakai Tudung

P. Kamalanathan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak perempuan beragama Kristian yang dipaksa memakai tudung dan menyertai solat di Negeri Sembilan.

Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata, kementerian tidak pernah memaksa mana-mana murid untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.

"Kita mengambil perhatian terhadap perkara ini dan menyiasat insiden yang berlaku pada 15 November lepas.

"Saya akan siasat perkara ini dan memaklumkan mengenai keputusan kes itu kepada anda secepat mungkin," katanya kepada Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Star) semasa sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini, Khamis.

Gooi berkata, murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu didakwa dipaksa memakai tudung dan menyertai solat.


Artikel Lain