suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Rancang Wujud Mahkamah Khas CBP (GST)

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk mewujudkan sebuah mahkamah khas Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bagi memantau pelaksanaan CBP mulai April depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mahkamah khas itu akan mendengar kes pengguna terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya berikutan pelaksanaan CBP.

Ia juga bagi membolehkan kes berkenaan dibicara dengan segera, katanya semasa menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Ahmad Bashah berkata seramai 2,200 pegawai penguat kuasa ditugaskan memantau harga barangan susulan pelaksanaan GST. 


CBP, GST, Mahkamah

Artikel Lain