suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendidikan Sivik Dalam Tiga Mata Pelajaran Mulai 2017

KUALA LUMPUR: Kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah akan dimantapkan mulai tahun 2017 bagi memperkasa pendidikan sivik dan kewarganegaraan (PSK).

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching memberitahu Dewan Rakyat hari ini PSK yang kini merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah tidak akan diajar sebagai mata pelajaran khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang ingin tahu usaha kementerian untuk memperkasa subjek Sivik dan Kewarganegaraan di semua sekolah menengah bagi memupuk semangat patriotisme.

"PSK bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggunjawab mereka dalam masyarakat untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu," katanya.


Pendidikan Sivik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain