suria

35,136 Ikrar Derma Organ Di Johor

JOHOR BAHARU: Jumlah pengikrar derma organ yang didaftarkan di Johor semakin meningkat dengan jumlah sehingga Oktober lepas seramai 35,136 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata buah pinggang, kornea (selaput mata) dan tulang adalah organ yang paling tinggi diiikrarkan untuk pendermaan.

"Jumlah pengikrar derma organ bagi negeri Johor semakin bertambah setiap tahun, kesan daripada aktiviti yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pentingnya pendermaan organ di kalangan orang awam," kata beliau.

Ayub berkata demikian semasa menjawab soalan Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) pada Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, Nusajaya di sini, Isnin.

Sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, lebih daripada 1,000 sesi Kempen Pendermaan Organ diadakan di seluruh negeri ini.

Menjawab soalan tambahan Yeo mengenai kurangnya tempat mendaftar sebagai pengikrar, beliau berkata orang ramai boleh berbuat demikian di setiap kempen itu dijalankan kerana proses mendaftar diri mudah dilakukan.


Derma Organ, Adun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain