Laporan Pelancong Perancis Diculik Di Sabah Tidak Benar

Konstable Zakiah bersama isteri dan anaknya sebelum diculik.

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina menafikan laporan berkaitan kes penculikan warga Perancis oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf Filipina di perairan Sabah.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abd Rashid Harun berkata, tidak ada laporan kes penculikan di Timur Sabah dan percaya bahawa tuntutan itu adalah 'provokasi' kepada pasukan keselamatan yang bertugas mengawal pantai timur.

"Tidak ada laporan penculikan, dan saya rasa mereka (penculik sempadan) hanya cuba untuk memprovokasi kami," katanya ketika dihubungi mengenai laporan siaran televisyen Filipina, Interaksyon TV5 yang mendakwa pelancong Perancis menjadi tebusan di salah sebuah pulau di wilayah Tawi Tawi.

Ketua Polis Tawi Tawi Kol Joey Salido menafikan kes itu di Tawi-Tawi mahupun di sempadan (Sabah).

"Tiada maklumat mengenai penculikan," jelasnya ketika dihubungi.

Satu laporan portal Filipina mendakwa palancong Perancis yang berada di Sabah kemungkinan menjadi tebusan.

Jelas portal itu, seorang pegawai perisikan Filipina yang tidak mahu dikenali memberitahu pelancong itu 'disambar', namun enggan mendedahkan identiti penuh tebusan itu.

Portal itu turut melaporkan bahawa pegawai tersebut ada memberitahu pada masa ini, mangsa sedang dilayan sebagai 'tetamu', tetapi sebaik sahaja Abu Sayyaf berhubung dengan pihak berkuasa Perancis, "itulah masanya untuk mereka membuat tuntutan."

Malah turut mendakwa, pihak berkuasa Malaysia sudah sedia maklum dengan kejadian ini dan telah menghubungi mereka namun enggan mendedahkan maklumat secara terbuka.

Malaysia telah mengetatkan keselamatan di pantai timur dan sedang berusaha untuk membebaskan dua rakyat Malaysia - penternak ikan Chan Sai Chuin, 32 dan anggota polis marin Kpl Zakiah Aleip, 26 yang kini berada di tangan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di Jolo.

Chan diculik dari ladang ikan di Kunak pada 16 Jun manakala Zakiah ditangkap di sebuah pondok polis di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain