suria

Sebutan Semula Kes Presiden Isma Ditetapkan 22 Disember

Abdullah Zaik Abdul Rahman.
KAJANG: Perbicaraan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Penangguhan itu diperintahkan oleh Hakim Nor Hazani Hamzah pada Isnin sementara menunggu permohonan Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Azmi Shahrom untuk mencabar pendakwaan Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya bagi melihat sama ada ia selari dengan Perlembagaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hazani Hamzah menangguhkan kes itu selepas peguam yang mewakili Abdullah, Salim Bashir memohon penangguhan itu.

Nor Hazani kemudiannya menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan permohonan Dr Azmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas tidak membantah permohonan tersebut.

Abdullah didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di No.25-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 paa pukul 10 pagi, 6 Mei lalu.

Isma, akta hasutan

Artikel Lain