suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Muka Pengadilan Tugas Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Tugas untuk mengesan dan membawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, adalah tanggungjawab antarabangsa, kata Presiden Ploughshares Fund, yayasan keselamatan global, Joseph Cirincione.

"Jelas ini adalah tugas antarabangsa ... kerajaan Malaysia telah berikrar untuk menyiasatnya hingga ke akar umbi, melakukan penyiasatannya sendiri (dan) untuk menyiasatnya secara terperinci dan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Hal Ehwal Antarabangsa bertajuk 'The Crisis in Ukraine and Emerging Geo-Political Issues' anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) di sini Selasa.

Katanya Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah juga berikrar untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh Penerbangan MH17.

"Mungkin pihak yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu tidak tahu apa yang mereka tembak, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan.

"... dan saya percaya orang yang melepaskan tembakan itu patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya," kata Cirincione, yang juga anggota Lembaga Penasihat Keselamatan Antarabangsa Setiausaha Negara AS John Kerry dan anggota Majlis Hubungan Luar AS.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di negara bergolak itu. 

Selain warga Malaysia, penumpang pesawat itu juga terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Daripada 44 warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, jenazah 42 daripadanya telah dibawa pulang ke tanah air, setakat ini.
MH17, Joseph Cirincione

Artikel Lain