suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAC Panggil JPJ Beri Keterangan Berhubung Tender Penjualan Nombor Kenderaan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan. 

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya. 

Menurut Nur Jazlan, tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan sentiasa menjadi isu dalam kalangan rakyat sehingga memberi persepsi negatif kepada kerajaan dan pemiliknya.

"Justeru, adalah lebih baik JPJ melalui Kementerian Pengangkutan memberi maklumat berkenaan kepada PAC, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kegusaran pada rakyat," katanya dalam kenyataan Selasa. 

Beliau berkata PAC memang bercadang memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013. 

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dalam LKAN tersebut ia tidak membabitkan tender pembelian nombor kenderaan, sebaliknya isu lain seperti kelewatan dalam membuka kertas siasatan serta MYSikap. 

"PAC akan mengambil peluang untuk turut bertanyakan mengenai proses serta prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan," katanya.
PAC, JPJ, nombor plat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain