suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatan MB Selangor Tetap Milik PKR - PAS

Iskandar Samad.
SHAH ALAM: PAS mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan diisi oleh sesiapa daripada parti itu.

Exco Selangor, Iskandar Samad (PAS) berkata, parti itu tidak membincangkan nama calon pengganti daripada PAS.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekiranya parti itu mempunyai senarai calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Sultan Selangor 'meminta nama calon lain'.

"Keputusan kami pada 17 Ogos adalah untuk menamakan calon daripada PKR bagi mengisi jawatan tersebut dan tiada mana-mana calon (daripada PAS) terlintas di fikiran," katanya.

PKR memecat Khalid daripada parti dua minggu lalu selepas beliau gagal memberi penjelasan kepada jawatankuasa disiplin parti berhubung dakwaan terhadapnya.

Pada Ahad lalu, PAS memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menamakan Timbalannya, Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk dihantar kepada Istana bagi mengisi jawatan Khalid.

PAS yang sebelum ini menyokong Khalid untuk mengekalkan jawatanya, bertindak sebaliknya apabila menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu.

Parti itu turut menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin sebagai calon kedua.

Khalid berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor pada minggu depan.

Ketika ditanya sama ada kemelut politik itu memberi kesan kepada rakyat, Iskandar berkata:" Saya percaya anda boleh membuat keputusan ini untuk diri sendiri".


Iskandar Samad, PAS, kemelut MB

Artikel Lain