suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: SPRM Siasat Dakwaan Khalid Terlibat Rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Selasa mengesahkan mengenainya.

"Seperti yang saya katakan, ia adalah tugas SPRM untuk menyiasat semua kes rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Jika sesiapa yang membuat aduan, SPRM akan memprosesnya sebelum mengklasifikasikan aduan itu sama ada untuk meneruskan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan laporan tahunan SPRM kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Minggu lalu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Abdul Khalid, Mohamad Yasid Bidin membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan PKR yang mengaitkan Menteri Besar itu terlibat dengan rasuah.

Turut sama membuat aduan itu ialah kedua-dua setiausaha politik Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin.
Khalid Ibrahim, SPRM

Artikel Lain