suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu MB Selangor: PAS Arah Kunci Mulut

Dr Abdul Rani
SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan semua pemimpin parti itu mendapat arahan untuk 'mengunci mulut' mengenai pendirian parti terhadap kemelut menteri besar negeri itu.

"Saya tak nak komen. Kita dah dapat surat dan Wassapp daripada parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Jelas beliau, sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan selepas mesyuarat PAS Pusat pada Ahad ini.

Mesyuarat yang membincangkan pendirian parti terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya diadakan pada Ahad lalu tetapi ditangguhkan.

Bagaimanapun, Dr Abdul Rani menegaskan PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

"PAS tidak akan keluar (Pakatan Rakyat), malah saya sendiri tidak setuju kita berpecah," katanya.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan untuk menyokong Khalid supaya kekal menduduki kerusi yang diisinya sejak 2008.

Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru turut membidas tanggapan segelintir pihak yang mendakwa PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor disebabkan faktor jantina.

"Itu salah. Kalau kita tak mahu seorang wanita menjadi pemimpin, mengapa kita letak Dr Mariah dan ramai lagi," katanya.

Abdul Rani berada di Bangunan SUK untuk menyelesaikan urusan berkaitan masalah di kawasan beliau.


Artikel Sebelum

Artikel Lain