suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang capaian internet lemah walaupun 'subscribe' 5G, penduduk kampung ikat juruteknik di menara telekomunikasi

Mangsa diikat di menara telekomunikasi disebabkan masalah capaian internet yang dialami penduduk setempat.

SEORANG juruteknik telekomunikasi ditahan sekumpulan penduduk kampung sebelum diikat pada menara internet gara-gara masalah capaian rangkaian yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Ia berikutan penduduk setempat hanya menerima capaian 4G yang lemah meskipun telah membayar pelan internet 5G.

Kejadian berlaku di Kampung Hardauli, Fatehpur, Uttar Pradesh, India ketika juruteknik dikenali sebagai Aditya Bhan Singh datang untuk melakukan kerja penyelenggaraan pada 10 September lalu.

Rakaman kejadian turut tular di media sosial dengan mangsa dilihat berada dalam keadaan terikat pada menara, manakala beberapa penduduk termasuk golongan muda dan kanak-kanak berdiri berhampiran.

Mengulas mengenai insiden itu, Ketua Balai Polis Bindki, Shailesh Kumar Singh berkata, pihaknya menerima aduan mengatakan seorang juruteknik diikat menggunakan tali pada menara milik syarikat telekomunikasi tersebut sambil dikerumuni penduduk kampung.

Walau bagaimanapun, katanya, mangsa sudah dibebaskan oleh penduduk ketika pasukan keselamatan tiba di lokasi.

Tambah beliau, hasil siasatan membawa kepada penahanan enam daripada tujuh individu mengikut pertuduhan mengurung seseorang secara salah serta melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, pada Jumaat.

"Kami telah menahan mereka atas pertuduhan mengganggu keamanan," katanya.

Difahamkan, mangsa baharu menyertai syarikat telekomunikasi berkenaan kira-kira tiga bulan lalu dan pertama kali membuat kunjungan ke menara tersebut.

Terdahulu, menerusi rakaman video tular, penduduk mendakwa mereka berdepan masalah capaian internet sejak dua tahun lalu.

Malah mereka turut mendakwa membeli pakej data bagi perkhidmatan 5G, namun hanya memperoleh capaian 4G yang lemah.

Lebih menambah rasa geram apabila sambungan telefon sering terputus. -Agensi

Artikel Lain