suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jeritan di kedai mi ayam bawa padah… Gadis penyedia ‘perkhidmatan dewasa’ maut dipukul pelanggan

Tindakan undang-undang menanti mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah bunuh. -Gambar hiasan

PERTEMUAN seorang gadis dengan lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi pesanan ringkas berakhir tragedi apabila mangsa maut dipercayai akibat dipukul selepas berlaku pertengkaran.

Mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan bertengkar dengan suspek di sebuah kedai mi ayam sebelum jeritannya menarik perhatian penduduk sekitar.

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, perselisihan faham itu dipercayai tercetus berhubung bayaran bagi perkhidmatan seks yang didakwa tidak seperti yang dipersetujui awal sebelum pertemuan dibuat.

Mangsa kemudian dikatakan menjerit sebelum suspek dipercayai bertindak ganas dengan memukul gadis tersebut.

Kejadian berlaku di Babelan, Bekasi, Jawa Barat di Indonesia pada 12 September lalu.

Penduduk yang mendengar jeritan bergegas ke lokasi sebelum menemukan wanita berkenaan dalam keadaan cedera.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun nyawanya gagal diselamatkan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Metro Bekasi, Asisten Inspektor Polis (AKP) Aliyani mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek sudah ditahan pihak berkuasa.

"Benar, suspek sudah ditahan oleh Polis Sektor Babelan," katanya.

Bagaimanapun, polis belum mendedahkan kronologi lengkap kejadian kerana suspek masih dalam proses soal siasat. -Agensi

Artikel Lain