suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Cikgu tu jijik!” - Budak 8 tahun trauma dakwa diraba cikgu lelaki, alasan mahu buang semut pada seluar

Mangsa amang seksual akan mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

HASRAT murni seorang kanak-kanak perempuan untuk menimba ilmu menerusi kelas tambahan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia didakwa menjadi mangsa amang seksual seorang guru lelaki.

Lebih menyedihkan, murid berusia lapan tahun itu dikatakan baru dua kali menghadiri kelas berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Suspek yang berusia 31 tahun merupakan seorang guru sekolah menengah, manakala isterinya ialah pengendalikan kelas tambahan berkenaan di kediaman mereka.

Menceritakan detik hitam itu, ibu angkat mangsa memberitahu bahawa isteri suspek tidak berada di rumah pada hari kejadian, menyebabkan guru lelaki berkenaan mengambil alih sesi pengajaran bersama tiga orang murid.

Dua murid lain pulang lebih awal manakala mangsa berada di rumah tersebut sehingga kira-kira pukul 5.30 hingga 6 petang.

Selepas pulang, kanak-kanak itu menghantar mesej WhatsApp kepada ibunya dan memberitahu tidak mahu lagi menghadiri kelas berkenaan.

Kejadian didakwa berlaku di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada 17 Ogos lalu. 

"Dia kata malas nak pergi kelas tu lagi sebab guru itu jijik.

"Saya tanya kenapa, dia kata bahagian kemaluannya dipegang oleh guru itu," dakwanya.

Keluarga mangsa kemudian pergi ke rumah suspek pada malam sama untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, lelaki itu menafikan melakukan perbuatan itu dan mendakwa hanya mahu membuang semut pada tangan serta seluar kanak-kanak berkenaan.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan polis, manakala keluarga mangsa mendapatkan khidmat peguam bagi memantau perkembangannya. -Agensi

Artikel Lain