suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun media sosial pempengaruh lesap... Rupanya kantoi tipu resit derma mangsa banjir RM600,000!

Perbuatan memalsukan resit boleh menyebabkan seseorang berdepan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan

SEORANG pempengaruh dikecam selepas didakwa memalsukan resit sumbangan terhadap mangsa banjir yang berjumlah 1 juta yuan (RM606,045).

Kontroversi tercetus selepas pengguna media sosial mempersoalkan kesahihan rekod sumbangan yang dimuat naik pempengaruh dikenali sebagai Anlan pada 17 Julai lalu. 

Anlan yang tidak mendedahkan identiti sebenar atau jantinanya berkongsi gambar yang didakwa menunjukkan bukti sumbangannya itu kepada Pertubuhan Palang Merah Guangxi.

Hantaran itu kemudian tular dan menerima ribuan tanda suka selain pujian daripada pengguna yang menyifatkan tindakannya sebagai satu bentuk kebaikan. 

Akaun media sosial Anlan turut mengumpul lebih 31,000 pengikut dalam tempoh beberapa hari.

Bagaimanapun, pada 7 September lalu, warga maya mula menuduh Anlan memalsukan rekod sumbangan berkenaan dengan berkongsi tangkap layar bukti di ruangan komen.

A sudden downpour at KL causing the flood near Jalan Petaling around 6pm. 06 October 2023 —CHAN TAK KONG/The Star

Isu bencana alam tidak sepatutnya dijadikan sebagai modal untuk meraih populariti di media sosial. -Gambar hiasan 

Semakan dengan Palang Merah Guangxi mendapati organisasi itu tidak menerima sebarang sumbangan individu berjumlah 1 juta yuan pada 17 Julai. 

Sebaliknya, rekod menunjukkan terdapat sumbangan sebanyak 1 yuan (RM0.61) pada hari berkenaan.

Butiran seorang penderma didapati sepadan dengan nama dalam tangkap layar Anlan, namun maklumat akaun bank tidak sepadan dengan butiran yang dikongsi pempengaruh terbabit. 

Susulan kontroversi itu, akaun Anlan di platform media sosial berkenaan akhirnya digantung. 

Dalam pada itu, seorang peguam dikenali sebagai Ma Junzhe memberi amaran bahawa pemalsuan rekod sumbangan boleh membawa implikasi undang-undang. 

Menurut Ma, tindakan lebih serius boleh dikenakan sekiranya Anlan didapati menggunakan isu kebajikan untuk tujuan promosi diri atau memalsukan dokumen sumbangan yang mengandungi cop rasmi. -Agensi

Artikel Lain