suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat cuai, jari telunjuk bayi terpotong masa gunting kain kasa... Hospital hulur bakul hadiah dan RM491

Kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyambung semula hujung jarinya. -Foto Matichon

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menanggung kesakitan selepas bahagian hujung jarinya terputus akibat digunting secara tidak sengaja.

Ia berlaku ketika seorang pembantu jururawat cuba menanggalkan kain kasa yang membalut saluran intravena (IV) pada jari kanak-kanak itu.

Insiden tersebut berlaku di Hospital Somdet Phra Yuppharat Loeng Nok Tha, daerah Loeng Nok Tha, Thailand pada  11 September.

Bapa mangsa berkata, anak lelakinya itu dimasukkan ke hospital pada 1 September sebelum dibenarkan pulang pada pagi kejadian.

Bapa kanak-kanak turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu. -Foto Matichon

Imbasnya, seorang pembantu jururawat meletakkan gunting berhampiran jari telunjuk kanan anaknya untuk memotong kain kasa tersebut.

Namun, gunting berkenaan terpotong hujung jari kanak-kanak itu sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan teruk.

Kakitangan hospital segera memindahkan mangsa ke Hospital Sapphasitthiprasong di Ubon Ratchathani untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiz cuma sebesar tapak tangan, bayi pramatang 330 gram cipta keajaiban! Membesar sihat selepas 105 hari di NICU

Kanak-kanak itu selesai menjalani pembedahan penyambungan jari kira-kira pukul 1 pagi pada 12 September.

Wakil hospital kemudian mengunjungi keluarga tersebut dengan membawa bakul hadiah serta wang tunai sebanyak 4,000 baht (RM491) sebagai bantuan awal bagi menampung perbelanjaan.

Bapa kanak-kanak itu berkata, dia masih terkejut dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, namun sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain