suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saiz cuma sebesar tapak tangan, bayi pramatang 330 gram cipta keajaiban! Membesar sihat selepas 105 hari di NICU

Little Zebao dirawat selama 105 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang. -Foto Baidu

SEORANG bayi lelaki pramatang yang dilahirkan dengan berat 330 gram kini membesar dengan sihat selepas menjalani rawatan selama 105 hari di hospital.

Bayi yang diberi gelaran Little Zebao itu dilahirkan pada 20 Mei lalu ketika usia kandungan ibunya baru mencecah 23 minggu.

Dia dilahirkan lebih awal selepas ibunya mengalami masalah tekanan darah tinggi kronik dan pre-eklampsia yang boleh membahayakan nyawa mereka berdua.

Little Zebao dilahirkan di Shenzhen Maternity and Child Healthcare Hospital, China, dan dilaporkan sebagai bayi pramatang paling ringan pernah diselamatkan di wilayah Guangdong.

Ketika dilahirkan, saiz tubuhnya hanya sebesar tapak tangan orang dewasa, manakala kulitnya sangat nipis sehingga salur darah kecil dapat dilihat dengan jelas. 

Tapak kakinya pula lebih kecil daripada ibu jari orang dewasa.

Sejurus dilahirkan, dia segera dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan intensif.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tuntut siasatan telus selepas bayi pramatang meninggal dunia, dakwa staf hospital buat jamuan dalam wad NICU

Selepas 105 hari menerima rawatan dan penjagaan rapi daripada pasukan perubatan, Little Zebao akhirnya dibenarkan keluar dari hospital pada 1 September dalam keadaan sihat dengan berat badan meningkat kepada 2.5 kilogram.

Ibunya yang tidak didedahkan identiti berkata, pada awalnya mereka tidak menyangka bayi itu mampu bertahan, namun amat bersyukur melihat anaknya kini sihat dan boleh dibawa pulang. -Agensi

Artikel Lain