suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tambang RM5 pun tak nak bayar! Pelancong asing aniaya ‘rider’, siap jelir lidah sebelum cabut

Tangkap layar video pergaduhan antara dua lelaki itu yang tular di media sosial.

TINDAKAN biadab seorang pelancong asing enggan membayar tambang e-hailing bernilai 40 baht (kira-kira RM5.20) akhirnya mencetuskan kemarahan ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video yang tersebar di Facebook, pelancong itu dilihat bertengkar dengan seorang penunggang motosikal e-hailing sejurus mereka tiba ke destinasi.

Hantaran Facebook itu mendakwa penunggang motosikal terpaksa menunggu sehingga satu jam bagi menuntut bayaran tambang daripada pelancong berkenaan.

Namun, usaha berkenaan tidak berhasil apabila pelancong itu akhirnya berlalu pergi tanpa membuat sebarang bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rider’ diheret ke mahkamah gara-gara tipu transaksi guna kod QR palsu... Didakwa ‘joli’ duit beli rokok, makanan di stesen minyak

Lebih menyakitkan hati, dalam rakaman sama turut dapat dilihat pelancong berkenaan menjelirkan lidah ke arah penunggang motosikal ketika mereka bertengkar.

Kejadian itu berlaku di Phuket, Thailand, namun identiti kedua-dua lelaki terbabit tidak didedahkan dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian video itu mengundang kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial Thailand dan penduduk Phuket.

Menurut warga maya, jumlah 40 baht mungkin dianggap kecil oleh pelancong asing, namun nilainya cukup besar bagi penunggang motosikal berkenaan. -Agensi

Artikel Lain