SEKURANG-kurangnya 16 warga emas maut selepas sebuah rumah penjagaan orang tua terbakar pada Jumaat malam.Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, seramai 10 penghuni lain berjaya dipindahkan dari rumah penjagaan berkenaan. Kebakaran tersebut berlaku di pusat jagaan El Edén yang terletak kira-kira 640 kilometer ke selatan ibu negara Chile, Santiago.Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dipadamkan pada pagi Sabtu.Pendakwa raya yang mengetuai siasatan, Jorge Granada berkata, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti pada peringkat ini.Sementara itu, Presiden Chile, José Antonio Kast mengarahkan pemeriksaan terhadap keadaan rumah-rumah penjagaan warga emas di seluruh negara susulan tragedi berkenaan.Tambahnya, kebenaran mengenai kejadian itu perlu diketahui supaya langkah pembetulan dapat diambil dan segala usaha dilakukan bagi mengelakkan tragedi seumpama itu daripada berulang.Sehingga Sabtu, anggota bomba masih menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian termasuk mengalihkan serpihan serta bumbung zink yang runtuh, manakala polis mengepung kawasan berkenaan atas faktor keselamatan. -Agensi