suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakan buat promosi di media sosial, rumah pembuat alat muzik diserbu… Kantoi simpan 24 bangkai ular sawa!

24 bangkai ular sawa dirampas dalam serbuan itu. -Foto Amarin TV

TINDAKAN berani seorang pembuat alat muzik tradisional mempromosikan rekaannya di media sosial akhirnya memakan diri apabila kediamannya diserbu pihak polis.

Dalam operasi pada 9 September lalu, polis berjaya membongkar kegiatan jenayah lelaki itu selepas menemukan 24 bangkai ular sawa yang disimpan di dalam rumahnya.

Bukan itu sahaja, polis turut merampas bangkai biawak Bengal serta beberapa alat muzik yang dipercayai dihasilkan menggunakan bahagian haiwan liar berkenaan.

Operasi itu dijalankan di sebuah rumah di Tambon Kang Aen, Prasat, Surin, Thailand.

Sebelum diserbu, lelaki itu didakwa aktif mengiklankan pelbagai alat muzik yang dihasilkannya untuk jualan menerusi media sosial.

Sewaktu serbuan, dia gagal mengemukakan bukti bahawa bangkai dan bahagian hidupan liar yang disimpannya diperoleh secara sah.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat di Balai Polis Prasat untuk tindakan lanjut. -Agensi

Artikel Lain