Antara situasi di atas kapal sewaktu operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Laut Jawa pada Ahad.
SERAMAI 243 penumpang dan anak kapal berdepan detik cemas selepas kapal Virgo Transport 8 yang dinaiki dilaporkan hilang dan terputus hubungan di perairan Laut Jawa, pada AhadKapal yang berlayar dari Surabaya, Jawa Timur menuju ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan sejak Sabtu itu dipercayai melintasi kawasan cuaca buruk sebelum gagal dihubungi sekitar pukul 4.10 pagi waktu Indonesia Tengah.Maklumat terakhir yang diterima pihak berkuasa menunjukkan kapal berkenaan berada dalam keadaan senget akibat dipukul badai sebelum ia akhirnya terbalik. Menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), pihaknya segera mengerahkan kapal KN SAR Laksmana 241 ke lokasi terakhir kapal ia dikesan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).Setakat ini, seramai 103 orang berjaya dievakuasi ke tiga kapal yang berada di sekitar lokasi kejadian.Bagaimanapun, seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Pelindo Pelabuhan Kotabaru, Kalimantan Selatan, Dani Rahmat, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pengurus Besar Pelabuhan Trisakti Banjarmasin, Ari Sudarsono.Mangsa yang diselamatkan dibawa ke Pelabuhan Trisakti Banjarmasin untuk menerima rawatan dan urusan lanjut.Operasi mencari masih diteruskan bagi mengesan baki mangsa.Indonesia yang mempunyai kira-kira 17,000 pulau banyak bergantung kepada perkhidmatan feri sebagai pengangkutan antara wilayah berbanding pengangkutan udara.Namun begitu, piawaian keselamatan tidak sentiasa dikuatkuasakan dengan ketat, menyebabkan kadar kemalangan pengangkutan laut di negara itu agak tinggi. -Agensi