suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hospital bergelap, doktor tiada pilihan terpaksa guna ‘flashlight’ telefon selamatkan dua ibu nak bersalin

Tugas mencabar menanti pegawai perubatan jika berlaku gangguan bekalan elektrik.. -Gambar hiasan AI

DUA wanita hamil terpaksa menjalani pembedahan bertemankan lampu suluh dan cahaya telefon bimbit selepas bekalan elektrik di sebuah hospital terputus hampir 45 minit.

Situasi itu berlaku ketika pembedahan kedua-dua pesakit sedang berlangsung  pada Jumaat.

Ketika itu generator hospital dilaporkan gagal membekalkan kuasa sokongan dengan segera.

Menurut doktor, pasukan perubatan tidak mempunyai pilihan selain meneruskan prosedur dengan menggunakan lampu suluh serta cahaya telefon bimbit susulan gangguan bekalan elektrik tersebut.

Doktor yang terlibat iaitu Dr Shalini Kumari, Dr Raghunandan serta pembantu bilik pembedahan, Amit Kumar dilaporkan sudah memaklumkan kejadian itu kepada pegawai perubatan kanan dan pihak pengurusan hospital.

Insiden itu turut menjadi tular menerusi satu rakaman video yang memaparkan suasana mendebarkan di dalam bilik pembedahan yang gelap-gelita.

Dalam rakaman berkenaan, seorang jururawat dilihat gigih memegang dan menghalakan lampu suluh telefon bimbit tepat ke bahagian perut pesakit yang sedang dibedah bagi membantu doktor meneruskan prosedur.

Individu yang merakam video itu turut melepaskan kekecewaan apabila mendakwa bilik pembedahan sudah terlalu lama bergelap.

Namun masalah tersebut masih dibiarkan tanpa tindakan walaupun sudah dimaklumkan kepada pegawai kanan hospital.

Kejadian di Hospital Jamui Sadar, Bihar, India itu turut mencetuskan dakwaan bahawa masalah sama pernah berlaku sebelum ini.

Beberapa doktor menerusi kumpulan komunikasi dalaman hospital mendakwa gangguan bekalan elektrik pernah berlaku dan terdapat pembedahan yang terpaksa diteruskan menggunakan cahaya telefon bimbit.

Bagaimanapun, pengurus hospital, Ramesh Pandey menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Hospital Jamui Sadar, Dr Thanesh Kumar berkata pihak pentadbiran sudah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, satu siasatan peringkat tinggi sedang dijalankan bagi menyiasat insiden tersebut.

Kejadian terbabit sekali lagi membongkar kepincangan pengurusan hospital berkenaan selepas pelbagai sumber mendakwa gangguan elektrik dan kegagalan sistem kuasa simpanan sebenarnya merupakan masalah berulang yang sering membahayakan nyawa pesakit. -Agensi

Artikel Lain