suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat pertama kali Makkah, Jeddah dan Taif di bawah amaran potensi bahaya... Orang ramai dilarang berkumpul, rakam video!

Arab Saudi keluarkan amaran 'potensi bahaya' di Makkah. -Gambar hiasan

ARAB Saudi buat pertama kali mengeluarkan amaran kecemasan mengenai 'potensi bahaya' di Makkah pada Selasa.

Berdasarkan laporan, amaran tersebut dikeluarkan menerusi Platform Amaran Awal Kebangsaan bagi Kecemasan yang dikongsikan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menjelaskan bentuk ancaman atau bahaya yang dikesan ketika amaran itu dikeluarkan.

Malah penduduk diminta berada jauh dari kawasan sesak mahupun tempat terbuka serta segera berlindung di dalam bangunan.

Amaran sama turut dikeluarkan di wilayah Jeddah dan Taif.

Amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa setempat.

Amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa setempat.

Meskipun kemudiannya Pertahanan Awam memaklumkan bahawa ancaman sudah berakhir, namun orang ramai dinasihatkan supaya terus mengelakkan sebarang perhimpunan termasuk tidak merakam video atau mengambil gambar berkaitan situasi berkenaan.

Difahamkan, arahan kecemasan itu dikeluarkan susulan beberapa serangan peluru berpandu dan dron dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Arab Saudi.

Sekurang-kurangnya 13 orang awam cedera dalam serangan yang menyasarkan bandar Khamis Mushayt, Abha dan Taif pada Isnin.

Jurucakap pakatan tentera diketuai Arab Saudi, Kolonel Turki al-Maliki menyifatkan tindakan tersebut sebagai serangan kejam dan disengajakan terhadap orang awam.

Menurutnya, pakatan itu akan bertindak tegas bagi melindungi kedaulatan Arab Saudi selain mengambil semua langkah operasi yang diperlukan untuk menghalang peningkatan serangan.

Pada minggu lalu, Houthi turut melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Abha, Khamis Mushayt, Jazan serta Najran.

Houthi yang disokong Iran mendakwa Arab Saudi melakukan serangan udara dan melancarkan peluru berpandu jelajah di Yemen ketika pertempuran sengit berlaku antara kumpulan itu dengan tentera kerajaan yang disokong Riyadh.

Pada Isnin, Houthi dilaporkan menawan Kepulauan Hanish Besar dan Hanish Kecil, terletak kira-kira 161 kilometer di utara Selat Bab al-Mandeb, selepas mencapai kemaraan di sepanjang pantai barat Laut Merah di Yemen. -Agensi

Artikel Lain