suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasang ‘AirTag’, pecah masuk rumah ketika mangsa tidur... Obsesi pemuda terhadap wanita berakhir tragedi berdarah

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 38 tahun maut selepas ditembak oleh individu yang obses dengan dirinya, berhampiran restoran di sebuah pusat beli belah pada 8 September lalu.

Mangsa, Shalini Thakur dari Sacramento, California ditembak Rohit Rohit, 22, di pusat beli-belah di Howe Avenue, California.

Menurut Pejabat Syerif Sacramento County, sebelum tragedi berlaku, suspek tiba dengan sebuah kenderaan sebelum mangsa dihantar ke lokasi sama untuk mengambil keretanya yang diletakkan di kawasan parkir.Obs

Dia kemudian menghampiri dan mengganggu mangsa sehingga membuatkan wanita itu melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek mengeluarkan senjata api sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Lebih mengejutkan, suspek sekali lagi melepaskan satu das tembakan dari jarak dekat ketika menghampiri mangsa yang sudah terbaring.

Dia kemudian melarikan diri selepas kejadian, namun menembak diri sendiri susulan kenderaannya ditahan pasukan polis di Lebuhraya 50.

Mengulas lanjut, Pejabat Syerif Sacramento County berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai mengganggu dan menghendap mangsa sekurang-kurangnya sejak Januari lalu apabila mangsa menemukan sebuah alat penjejak Apple AirTag di bawah bonet keretanya.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan pada Isnin, dokumen perintah larangan mendekati yang diperoleh media tempatan mendakwa perbuatan itu bermula sejak September 2025.

Difahamkan mangsa mengenali suspek kerana lelaki itu sering mengambil pesanan penghantaran makanan dari restoran tempatnya bekerja.

Perbuatan suspek dikatakan semakin membimbangkan apabila dia pernah mengempiskan tayar kereta mangsa sebelum mengekori wanita itu ke tempat kerja demi menawarkan bantuan.

Dalam kejadian lain, suspek didakwa mendapatkan salinan kunci apartmen mangsa dan memasuki kediamannya ketika wanita itu sedang tidur.

Malah dia memberikan alasan bahawa tindakan itu kerana bimbang sesuatu berlaku selepas mangsa tidak menjawab panggilannya.

Dokumen sama turut menyatakan suspek cuba memaksa mangsa berkahwin dengannya.

Difahamkan, mangsa pada awalnya enggan mengambil tindakan atau memohon perintah larangan mendekati, namun akhirnya berbuat demikian pada Mei lalu selepas dinasihatkan pihak berkuasa.

Pada 29 Julai, mangsa memaklumkan kepada polis bahawa suspek melanggar perintah tersebut dengan meninggalkan barangan runcit secara rawak di hadapan rumahnya. -Agensi

Artikel Lain