suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpedaya taktik gandakan wang guna ‘sejadah ajaib’, lelaki putih mata RM30,000 ditipu scammer

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siastan. -Gambar hiasan

TERPEDAYA dengan helah menggandakan wang menggunakan sejadah, seorang lelaki kerugian 123 juta rupiah (kira-kira RM30,000) selepas dilarikan dua lelaki.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 53 tahun yang berasal dari Gunungpati, Semarang, Indonesia terlihat satu hantaran Facebook yang menawarkan khidmat menggandakan wang pada 13 Julai lalu.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pemilik akaun berkenaan menerusi Facebook Messenger.

Susulan itu kata, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKBP Andika Dharma Sena mangsa kemudiannya diberikan nombor WhatsApp sebelum dia dan isterinya bertemu seorang lelaki dikenali sebagai Sanudin di sebuah hotel di Kota Lama, Semarang bagi membuktikan kemampuan.

"Selepas bertemu, suspek menunjukkan cara menggandakan wang dengan meletakkannya di atas sejadah.

"Sejadah itu kemudian digoncangkan sebelum wang dilihat berselerak," katanya pada Selasa.

Menurut Andika, mangsa yang percaya dengan ‘demonstrasi’ tersebut mengambil keputusan untuk bertemu Sanudin sekali lagi pada 16 Julai dengan membawa wang tunai sebanyak 125 juta rupiah (RM30,700).

Bagaimanapun, lokasi pertemuan ditukar ke sebuah hotel lain dengan suspek mendakwa dia mempunyai hubungan rapat dengan sebuah bank swasta.

Ketika berada di dalam bilik hotel, mangsa diarahkan meletakkan 123 juta rupiah di atas sejadah.

Baki wang pula diminta untuk dimasukkan ke dalam akaun bank milik mangsa dan isterinya menerusi mesin deposit tunai.

Pasangan itu kemudian meninggalkan bilik berkenaan untuk ke bank bagi melakukan transaksi seperti yang diarahkan.

Bagi memastikan mangsa tidak segera kembali ke hotel, suspek mendakwa dia akan menjalankan satu ritual di halaman bank tersebut dan meminta pasangan suami isteri terbabit menunggunya di sana.

Namun selepas menunggu selama 10 minit, suspek masih tidak muncul sehingga menyebabkan mangsa mula mengesyaki sesuatu.

Mangsa dan isterinya segera kembali ke hotel, namun mendapati wang tersebut sudah dilarikan bersama sebuah jam tangan serta dua telefon bimbit.

Siasatan polis mendapati barangan berkenaan dipercayai diambil seorang lagi suspek dikenali sebagai Adi Suardi ketika pasangan itu berada di bank.

Tambah Andika, kedua-dua lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditahan di Maospati, Kabupaten Magetan, Jawa Timur pada 14 September lalu.

Mereka kini berdepan pertuduhan mengikut Perkara 492 Kanun Jenayah Indonesia berkaitan kesalahan penipuan. -Agensi

Artikel Lain