suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: Khalid Bertugas Seperti Biasa

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Selasa seperti biasa bagi menjalankan tugasnya.

Ia sehari selepas beliau mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus memegang jawatan menteri besar sehingga ada sebarang perkembangan terbaharu, susulan pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abdul Khalid yang mengenakan sut hitam kelihatan tenang dan tersenyum ketika tiba di perkarangan bangunan itu pada kira-kira 9.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya.

Beliau dijangka mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco kerajaan negeri Selangor hari ini berhubung pendirian mereka sama ada hendak terus menyertai pentabiran kerajaan negeri atau sebaliknya.

Anggota Exco negeri itu dibarisi empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid daripada PKR berkuat kuasa serta-merta Sabtu lepas kerana ingkar arahan parti untuk melepaskan jawatan menteri besar bagi memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor sejak 13 Mac 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Lain