suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontraktor Melecur Disimbah Asid

BESUT: Seorang kontraktor melecur di muka, bahu dan paha akibat disimbah asid di Kampung Tanah Merah Kerandang di sini Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa yang berumur 51 tahun yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kini dilapor dalam keadaan stabil.

Beliau berkata mangsa ketika itu hendak pulang ke rumah dari kebun berhampiran rumahnya apabila didatangi dua lelaki bermotosikal yang secara tiba-tiba menyimbah sejenis cecair dipercayai asid kepadanya.

"Akibat simbahan cecair itu, mangsa menjadi melecur dan dia terus berlari ke rumahnya dan meminta dihantar ke hospital," katanya.

Beliau berkata mangsa pada mulanya dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke HUSM.

Noorzainy berkata pihak polis sedang menyiasat motif kejadian dan mengesan suspek.


Polis

Artikel Lain