suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khalid Puas Hati Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja

terkini

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati terhadap mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja yang diadakan bagi menentukan kedudukannya di Istana Alam Shah di sini, Isnin.

Kenyataan ringkas itu diberikan Khalid kepada petugas media yang menyerbu kenderaan yang dinaiki beliau sebaik sahaja melintas keluar pintu istana pada pukul 12.50 tengah hari.

"Saya amat berpuas hati," jelas beliau.

Kenderaan rasmi menteri besar Selangor melintas keluar Istana Alam Shah pada pukul 12.50 tengah hari Isnin.


Kedudukan menteri besar Selangor yang disandang Khalid panas apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk menggantikannya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizzah Ismail.

Tindakan susulan Khalid yang enggan melepaskan jawatan tersebut tanpa alasan munasabah memaksa parti berkenaan memecat keahliannya pada Sabtu.

Berikutan kekusutan itu,  Majlis Penasihat Raja-Raja pada Isnin mengadakan mesyuarat bagi menentukan jalan penyelesaian terbaik.

Sementara itu, Khalid dijadual mengadakan sidang media berhubung kandungan mesyuarat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 2.30 petang Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain