suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azizulhasni Mahu Lelong Pingat Gangsa Untuk Kerja Amal

Mohd Azizulhasni
GLASGOW: Jaguh pecut berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang berhasrat melelongkan pingat gangsa acara keirin yang dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20, di sini untuk didermakan kepada badan kebajikan.

Mohd Azizulhasni mengakui sudah tiba masanya beliau kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.

"Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat lelong pingat ini.

"Bagi saya ramai pihak membantu dalam meningkatkan karier saya seperti kerajaan, penaja dan juga media.

"Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan tidak kira bangsa dan agama," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Atlet dari Terengganu itu meraih pingat gangsa pada Ahad di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow di sini.


Artikel Lain