suria

Kerajaan Pastikan Penduduk JB Tak Dibebani Kenaikan Tol CIQ - TPM

MUAR: Kerajaan akan memastikan kenaikan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu, tidak membebankan penduduk tempatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof telah diminta mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang timbul berikutan kenaikan kadar tol di CIQ mulai 1 Ogos ini.

"Kita tidak mahu meletakan bebanan tambahan kepada pengguna jalan tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Media di kediamannya di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata, tol tersebut hanya dikenakan bagi kenderaan masuk dan keluar melalui CIQ sahaja.

Bagaimanapun, pengguna Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) sepanjang lapan kilometer tidak perlu membayar tol dan lebuh raya ini akan kekal percuma bagi penduduk Johor Baharu.

Sabtu lepas, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, mengumumkan kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks CIQ itu.

Kadar baharu tol arah masuk Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.


CIQ, tol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DAP 'Serang', Kutuk PAS

Artikel Lain