suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DBKL Perlu Tangani Masalah Pengemis Asing - Dr Wee

KERIAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya melakukan sesuatu terhadap pengesing warga asing yang berkeliaran di ibu kota bagi menjaga imej Kuala Lumpur, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dr Wee berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa penjaja di ibu kota yang merasakan terdapat ramai pengemis cuba mengemis di jalanan.

"Terdapat ramai pengemis asing yang antaranya dari China, terutama di Jalan Imbi.

"Mereka (pengemis) meminta wang daripada orang ramai dan ramai yang fikir mereka adalah rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan kem motivasi selama dua hari anjuran MCA Pulau Pinang di Bukit Merah Laketown Resort di sini, Sabtu.

"Orang ramai hanya mengetahui mereka bukan rakyat tempatan apabila mereka mula bercakap. Penjaja-penjaja menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan mereke wang," kata Dr Wee.

"Saya fikir kebanyakan mereka dikawal oleh sindiket-sindiket dan DBKL sepatutnya melakukan sesuatu terhadap mereka," tambahnya.

Dr Wee berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan bahawa Soup Kitchens tidak dibenarkan berada dalam lingkungan dari Lot 10, apabila mereka menggalakkan lebih ramai untuk terus menjadi gelandangan dan penganggur.

Dr Wee berkata, rumah perantara dapat ditubuhkan sebagai cara untuk membantu golongan gelandangan.

"Ia memerlukan usaha daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dibantu oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

pengemis asing, DBKL, Dr Wee Ka Siong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain