Ubat RM12.4 Juta Dirampas Di KLIA - Semasa | mStar

Ubat RM12.4 Juta Dirampas Di KLIA

KUALA LUMPUR: Cawangan Penguat kuasa Farmasi Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas 181 jenis ubat-ubatan bernilai RM12.4 juta dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Hab Antarabangsa Kawasan Perdagangan Bebas, KLIA, Sepang, bulan lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata serbuan pada 6 Jun lalu dijalankan selepas gudang itu didapati mengendalikan ubat-ubatan perangsang seks tidak berdaftar dan ubat-ubatan preskripsi untuk pasaran antarabangsa.

Kebanyakan yang dirampas adalah ubat generik bagi rawatan mati pucuk, seperti sildenafil, tadalafil, dan juga ubat lain seperti ubat generik untuk darah tinggi, antikolestrol dan antibiotik," katanya pada Sabtu.

Katanya pengedaran ubat-ubatan itu didalangi sindiket yang membabitkan syarikat-syarikat yang beroperasi di India, Singapura dan Malaysia.

Pesanan pelanggan dibuat secara online dengan domain yang berpusat di London. Ubat-ubatan ini dihantar oleh pengilang di India melalui pesanan sebuah syarikat di Singapura dan maklumat pelanggan serta alamat hantaran, kebanyakan di Amerika Syarikat dihantar oleh syarikat di India kepada ejen di Malaysia melalui e-mel, katanya.

Gudang yang diserbu di Malaysia bertindak sebagai hab penyimpanan dan pembungkusan ubat-ubatan sebelum ia dihantar kepada pelanggan di Amerika Syarikat melalui pos bungkusan yang diikrarkan sebagai 'Health Supplement', katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sindiket itu beroperasi di Malaysia sejak pertengahan Mac tahun ini dengan bilangan bungkusan yang dihantar melebihi 1,000 bungkusan sehari.

Beliau berkata, syarikat yang beroperasi di Malaysia menyediakan pekerja yang terlatih untuk memberikan perkhidmatan menyemak e-mel, memilih, melabel ubat dan membuat tugas-tugas pembungkusan dan penghantaran.

Dr Noor Hisham berkata, ubat-ubatan yang dirampas bukan sahaja melanggar Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, tetapi juga melanggar Akta Hak Cipta 1987 kerana beberapa ubat-ubatan untuk rawatan mati pucuk masih berpaten.

"Siasatan lanjut akan dijalankan dan orang perseorangan dan syarikat yang didapati bersalah akan dituduh di mahkamah," katanya.


KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?