suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Kenal Pasti Calon Berpotensi Bagi PRU-14

Wee Ka Siong.
KERIAN: MCA kini dalam proses mengenal pasti bakat baharu dan calon berpotensi untuk semua kawasan pengundian sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, bakat-bakat baharu harus dikenal pasti secepat mungkin dan mereka harus mula berkhidmat untuk rakyat di kawasan masing-masing.

"Kita tidak boleh menunggu sehingga saat-saat akhir apabila menghampiri pilihan raya umum untuk mencari calon bertanding.

"Kita perlu mencari beberapa calon sesuai yang mengenali penduduk di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kem motivasi selama dua hari anjuran MCA Pulau Pinang di Bukit Merah Laketown Resort di sini, Sabtu.

Wee berkata, calon tersebut harus diterima oleh rakyat dan aktif di peringkat akar umbi.

Beliaut turut menegaskan bahawa proses itu adalah sebahagian daripada program transformasi parti yang berusaha untuk memulihkan semula parti tersebut.

Katanya, Pakatan Rakyat mengguna pakai strategik tyang sama dengan menurunkan ahli mereka di sesebuah kawasan selama satu hingga dua tahun untuk mencari calon berpotensi.

"Dengan mengenal pasti bakat baharu, sekurang-kurangnya kita mempunyai beberapa nama dalam senarai.

"Kita memerlukan seseorang yang boleh menjadi suara kepada rakyat dan membantu mereka," katanya.

Dr Wee Ka Siong, MCA, calon, PRU-14

Artikel Sebelum

Artikel Lain