suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mah, Ramkarpal Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

Mah Siew Keong mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Datuk Mah Siew Keong dan Ramkarpal Singh mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

Berpakaian sut hitam, mereka mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

Dewan Rakyat senyap seketika bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Selain itu, penghormatan turut diberikan kepada Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Seah Long Peng (Ahli Parlimen Tekul Intan)  yang masing-masing meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan penyakit kanser.

Ramkarpal mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

Kiandeee turut mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, bukannya 31 Oktober.

Mesyuarat kedua akan diadakan pada Isnin dan dijadualkan berakhir pada 19 Jun ini.

Mesyuarat ketiga pula akan berlangsung pada 7 Oktober hingga 27 November ini.

Ramkarpal dari DAP mempertahankan kerusi bapanya, Karpal Singh di Bukit Gelugor dengan memperoleh majoriti 37,659 undi pada 25 Mei lalu.

Mah dari Gerakan, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan  selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud dengan majoriti tipis, 238 undi pada 31 Mei lalu.

Artikel Lain