suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Umum Langkah Liberalisasi Baharu Untuk Galak Pelaburan

Najib menyampaikan ucaptama pada 'Invest Malaysia Asean's Multinational Market Place 2014' di Kuala Lumpur pada Isnin.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa langkah liberalisasi baharu untuk menggalakkan pelaburan dalam pelbagai bentuk aset.

Perdana Menteri berkata, salah satu langkah-langkah itu adalah memansuhkan keperluan mandatori terhadap penarafan kredit berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Menurutnya, pendekatan beransur-ansur sedang diambil untuk memberikan pemain industri masa yang cukup dalam menyempurnakan mekanisme di bawah langkah baharu tersebut.

"Bermula 1 Januari depan, kelonggaran akan diberikan berkaitan dengan penarafan kredit selain keupayaan perdagangan bon serta sukuk yang tidak dikelaskan," katanya dalam ucaptama sempena Invest Malaysia 2014 di sini, Isnin.

Najib turut mengumumkan pegangan saham ekuiti bagi agensi penarafan kredit akan diliberalisasikan.

Agensi penarafan kredit antarabangsa dengan pemilikan asing penuh akan dibenarkan di pasaran Malaysia pada 1 Januari 2017.

Artikel Sebelum

Artikel Lain