suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Rentung Rumah Terbakar Di Kunak

KUNAK: Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal pagi Isnin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi.

"Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah," katanya.

Beliau berkata ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah. 

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat.

kebakaran, rentung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain