suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengundian Awal Selesai, 83.1 Peratus Keluar Mengundi

Abdul Ghani ketika meninjau pusat pengundian awal di Balai Polis Bandar Baharu Air Itam, Rabu.

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 123 daripada 148 pengundi berdaftar menunaikan hak masing-masing di empat pusat pengundian awal sehingga tempoh tamat pada pukul 2 petang, Rabu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 83.10 peratus.

Jelasnya, daripada empat lokasi, Balai Polis Bandar Baru Air Itam mencatatkan rekod kedatangan 100 peratus pengundi yang hadir membuang undi.

"Di Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, dua daripada empat pengundi keluar mengundi.

"Seramai 51 daripada 55 anggota polis mengundi di Balai Polis Air Itam," katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor menyaksikan kira-kira 29 daripada 48 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Artikel Lain