Tempatkan Ejen Perisik Dalam Pertubuhan Disyaki Militan - Semasa | mStar

Tempatkan Ejen Perisik Dalam Pertubuhan Disyaki Militan

Tun Mohammed Haniff Omar
Tun Mohammed Haniff Omar.
PETALING JAYA: Pihak keselamatan, terutama polis perlu memantapkan jentera risikan dengan menempatkan ejen perisik dalam pertubuhan yang disyaki terlibat dengan kegiatan militan.

Pandangan ini diketengahkan beberapa pakar kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kegiatan militan yang dipercayai berselindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan di samping menggunakan pengaruh semangat jihad.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, jentera risikan yang cekap dan berwibawa itu membolehkan aktiviti militan dapat dikesan.

“Kita mahu kesan (militan) sebaik sahaja ia bermula dan bertindak bila tiba masa yang sepatutnya supaya ia dijalankan secara cekap tanpa tindakan terlalu awal atau terlalu lewat yang boleh merugikan (penguatkuasaan),” katanya.

Sehingga Jumaat lalu, polis menahan 11 suspek yang dipercayai ahli kumpulan militan yang mengancam keselamatan rakyat dan negara ini.

Sementara itu, Pakar Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, langkah menempatkan ejen perisik di pertubuhan yang disyaki militan dapat meningkatkan kecekapan pasukan risikan. 

Beliau berkata, gerakan militan sememangnya sukar dikesan berikutan aktiviti mereka antaranya melibatkan misi bantuan kemanusiaan, selain pesertanya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional dan pelajar. 

Prof Dr Azmi Hassan
Prof Dr Azmi Hassan.

Sehubungan itu katanya, proses risikan terhadap pertubuhan yang disyaki dengan menyertainya sebagai salah seorang anggota adalah yang terbaik.

“Ejen perisik ini akan membuat pengintipan dan memantau jika benar ada kegiatan militan di sebalik pertubuhan itu.

“Setiap aktiviti kumpulan itu akan diteliti dan dilaporkan secara terperinci dari semasa ke semasa untuk dinilai pasukan keselamatan negara,” katanya.

Beliau menambah, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk merungkai persoalan terhadap pihak yang disyaki, sekali gus memudahkan tugas polis membanteras gerakan militan di negara ini.

Mengenai aktiviti militan yang dikaitkan dengan semangat jihad, Azmi berkata, ia bergantung kepada pengetahuan seseorang individu mengenai agama dan mungkin terpengaruh sekiranya tidak mendapat penjelasan sewajarnya.

“Oleh itu, rakyat Malaysia perlu berhati-hati dalam menyertai mana-mana pertubuhan yang berpandukan ungkapan agama termasuk misi bantuan kemanusian dan buat laporan polis jika mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dalam aktiviti sesuatu pertubuhan," katanya.

Mengulas lanjut Hanif berkata, penangkapan 11 suspek militan baru-baru ini membuktikan keberkesanan Cawangan Khas polis.

“Matlamat untuk menghapuskan ‘serangan’ tertentu tidak akan tercapai tanpa sokongan undang-undang bagi menangani ancaman kepada keselamatan negara.

“Sebelum bertindak kita juga mesti memahami apakah tujuan gerakan mereka, sama ada ia anti dasar Amerika di Timur Tengah, anti fahaman Asad dan Syiah, anti Barat atau anti tekanan gereja,” katanya. 

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain