suria

Tukar Agama & Hak Penjagaan Anak: Kerajaan Cadang Tubuh Mahkamah Pengantara

April lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan diberi kepada Deepa yang beragama Hindu.
PETALING JAYA: Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk menubuhkan mahkamah pengantara sebagai langkah terbaik dalam menyelesaikan isu melibatkan pasangan yang bertukar agama dan hak penjagaan anak mereka. 

Jawatankuasa bersama itu dibentuk dan ditugaskan unyuk melihat konflik berkaitan yang timbul antara Mahkamah Sivil dan Jenayah dalam isu penukaran agama dan hak penjagaan anak. 

"Mahkamah Pengantara merupakan tindakan pertama yang diambil kerana ia tidak terikat dengan mana-mana pihak. Ini kerana adalah sebab mengapa jawatankuasa ditubuhkan dan lebih banyak kajian dijalankan sebelum tindakan dilaksanakan," kata sumber rapat kepada panel tersebut kepada The Star pada Ahad. 


Sumber tersebut mendedahkan mahkamah pengantara itu nanti akan membantu mengurangkan konflik yang berlaku dikalangan pasangan yang bertukar agama. 

Bulan lalu, The Star melaporkan kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membantu menyelesaikan konflik melibatkan mereka yang memeluk Islam dan bekas pasangan mereka yang bukan Islam. 

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu, Nancy Syukri dan Datuk Seri Jamil Baharom. 

Kes terbaru yang dilaporkan melibatkan S. Deepa, 30, dan bekas suaminya Izwan Abdullah, 31, bekas pemandu lori yang kini berkhidmat di sebuah pertubuhan bukan kerajaan Yayasan Kasih Sayang, Negeri sembilan. 

Pada 7 April lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan diberi kepada Deepa yang beragama Hindu, sedangkan Izwan sebelum itu telahpun mendapat hak penjagaan bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah.


Artikel Lain